Perkhidmatan

Servis elektrik untuk rumah & premis

Dari tukar suis sampai pendawaian penuh rumah โ€” semua dibuat oleh team yang sama, dengan standard keselamatan yang betul.

โšก

Pendawaian Rumah & Premis

Wiring baru untuk rumah, kedai atau pejabat kecil. Kami susun laluan kabel dengan kemas, guna saiz kabel yang betul untuk beban, dan pastikan setiap litar berlabel supaya senang nak troubleshoot kemudian.

  • Wiring rumah baru
  • Tambah titik lampu & suis
  • Plug point 13A
  • Label & ujian litar
๐Ÿ”Œ

DB Box, MCB & RCCB

Papan agihan adalah jantung pendawaian rumah. DB lama yang bersesak, berkarat atau tanpa RCCB adalah risiko โ€” kami naik taraf dan susun semula supaya senang dibaca dan selamat digunakan.

  • DB box baru 1 & 3 fasa
  • Naik taraf DB lama
  • MCB / RCCB / ELCB
  • Pembahagian beban
๐Ÿ“Ÿ

Meter TNB

Pemasangan dan pindah meter 1 fasa atau 3 fasa, termasuk papan meter dan kotak meter luar. Kerja disusun supaya pendawaian kemas dan mudah diperiksa.

  • Meter 1 fasa
  • Meter 3 fasa
  • Pindah papan meter
  • Kotak meter luar
โ˜€๏ธ

Naik Taraf Meter 3 Fasa untuk Solar & EV Charger

Nak pasang solar atau pengecas EV, tapi meter 1 fasa sedia ada tak cukup kapasiti? Kami naik taraf ke 3 fasa โ€” dari papan meter, DB box dan saiz kabel sampai pembahagian beban โ€” supaya solar dan charger boleh jalan serentak dengan penggunaan rumah biasa. Kami terangkan juga apa yang TNB perlukan sebelum kerja meter dibuat.

  • Naik taraf 1 โ†’ 3 fasa
  • Solar PV
  • EV charger 7kW / 22kW
  • DB & MCB 3 fasa
  • Susunan beban
  • Persediaan pemeriksaan TNB
โ„๏ธ

Titik Aircond & Pemanas Air

Titik aircond baru dengan MCB dan isolator yang betul, termasuk pendawaian unit luar. Untuk pemanas air, kami pastikan RCCB dan grounding dibuat dengan betul โ€” ini kerja yang tak boleh main-main.

  • Point 15A / 20A
  • Isolator
  • Pendawaian outdoor unit
  • Titik pemanas air
๐Ÿ”ง

Troubleshooting & Pembaikan

DB asyik trip, lampu berkelip, satu bahagian rumah tiada kuasa, atau bau hangit dari suis? Kami kesan punca sebenar guna ujian litar, bukan tukar barang secara cuba-cuba.

  • DB trip berulang
  • Kuasa tak masuk
  • Lampu berkelip
  • Suis / soket panas
๐Ÿ’ก

Lampu, Kipas & Outdoor Lighting

Pasang downlight, lampu hiasan, kipas siling dan lampu luar. Beban dan wayar dipadankan dengan lekapan supaya tak cepat rosak atau jadi punca trip.

  • Downlight & spotlight
  • Kipas siling
  • Lampu hiasan
  • Lampu luar & pagar
๐Ÿ›ก๏ธ

Pemeriksaan Keselamatan

Untuk rumah lama atau rumah yang baru dibeli. Kami periksa keadaan DB, saiz kabel, grounding, sambungan yang longgar dan tanda-tanda overheat, kemudian beri gambar serta cadangan kerja jika ada.

  • Semakan beban
  • Ujian grounding
  • Cari sambungan longgar
  • Laporan & gambar
๐Ÿ 

Renovasi & Rumah Baru

Kerja pendawaian yang berjalan seiring dengan renovasi. Kami koordinasikan waktu kerja dengan kontraktor dan tukang supaya pendawaian siap sebelum siling dan dinding ditutup.

  • Rumah baru
  • Renovasi dapur
  • Extension rumah
  • Kedai & pejabat
Pakej

Pilih titik mula

Harga akhir bergantung pada jumlah titik, keadaan pendawaian dan bahan. Sebut harga diberi percuma sebelum kerja bermula.

Asas

Baiki & tambah titik

  • Tukar suis, soket & lampu
  • Tambah 1โ€“3 titik baru
  • Semakan DB trip ringkas
  • Sebut harga sebelum kerja
Dapatkan sebut harga

Penuh

Rumah baru / renovasi

  • Pendawaian penuh rumah
  • Meter TNB & papan agihan
  • Titik aircond & pemanas air
  • Koordinasikan dengan kontraktor
  • Ujian keseluruhan sebelum serah
Dapatkan sebut harga
Kawasan liputan

Kami datang ke tempat anda

Fokus utama Bandar Saujana Putra & Jenjarom, dan kami bergerak ke kawasan sekitar.

  • Bandar Saujana Putra
  • Jenjarom
  • Kuala Langat
  • Putra Heights
  • Puchong
  • Shah Alam
  • Klang
  • Cyberjaya
  • Putrajaya
  • Bangi
  • Kajang
  • Kuala Lumpur
Berapa lama kerja biasa mengambil masa?
Tambah titik atau tukar DB kecil biasanya selesai dalam beberapa jam. Pendawaian penuh rumah pula ikut saiz rumah dan jadual renovasi.
Perlu bayar deposit?
Untuk kerja besar, deposit bahan mungkin diperlukan. Semua dijelaskan dalam sebut harga sebelum anda setuju.
Ada jaminan kerja?
Ya โ€” jika ada masalah pada kerja yang kami buat, hubungi kami dan kami semak semula.

Tak pasti kerja anda masuk kategori mana?

Hantar gambar dan ceritakan sikit โ€” kami bagi pandangan dan sebut harga.

๐Ÿ“ž Call WhatsApp